Pada zaman dahulu, ada seekor burung murai yang sombong dan bongkak. Semasa dia terbang dia telah berhenti di satu dahan dan telah bertemu dengan seekor burung
merbah.
Pada masa itu burung merbah itu sedang bertungkus lumus menyiapkan sarangnya. Burung murai itu telah berkata sambil ketawa terbahak-bahak kepada merbah,
“ Hai Sang Merbah! Aku berasa sangat kasihan
melihat keadaan kamu ini. Kamu terpaksa bermandi peluh pada setiap hari. Kau lihatlah diriku ini hidup bebas terbang ke sana sini dengan senang lenangnya.”
Sang Merbah pun menjawabnya,
“Wahai Sang Murai aku membuat
sarang ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk menunggu musim
hujan yang akan tiba tidak lama lagi.”
Selang beberapa hari kemudian, Sang Murai datang kembali lagi ke tempat Sang Merbah. Sang
Murai amat terkejut apabila melihat sebuah sarang yang cantik dan telah siap dibina oleh Sang Merbah. Dengan tidak disangka-sangka tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.
Sang Murai telah basah
kuyup kerana tiada tempat untuk berteduh. Sang Merbah pula tersenyum selesa berlindung di dalam sarangnya. Sang Merbah terpandang Sang Murai yang kesejukan dan berkata,
“ Wahai Sang Murai, kalau kita rajin,
tentulah kita akan mendapat faedahnya kelak. Sebaliknya jika kita malas, pasti diri sendiri yang akan rugi.”
Apabla mendengar kata-kata Sang Merbah itu, Sang Murai berasa sangat malu,
lalu dia pun beredar dari situ.
Kesimpulan:
Berakit-rakit kehulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
Sunday, 6 October 2013
Kisah Burung Murai Yang Sombong.
23:54
By:
Unknown
On: 23:54
In: Cerita-Cerita Rakyat, Kisah Burung Murai Yang Sombong., Kisah Teladan
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment