Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik
terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di
pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak
perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap.
Mereka membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut
menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus
membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.
Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah
tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk
di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara
mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau
banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk
menghapuskan tikus-tikus tersebut.
Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan
lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali
datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua
tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar
dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang
sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak
bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang
sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka
bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu
kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.
Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan
seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu
sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang
berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul
mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup
seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan
tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk
kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat
berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas.
Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk
bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya,
penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana
mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan
upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda
tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali lagi.
Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak
menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah semua
kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan
diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut
keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka
akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak
telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar
pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling dan
memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua harta
benda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka.
Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa
kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai
disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam
gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba
gua tersebut ghaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut.
Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi
sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang
dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang
kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.
SUMBER ----- http://1001kisah.blogspot.com/
best gak cerita ni..pagi-pagi hilang stress....
ReplyDelete