Sunday, 27 October 2013

KISAH SERULING SAKTI.

Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.

Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.

Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas.

Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka.

Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut ghaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.

SUMBER ----- http://1001kisah.blogspot.com/

SANG MONYET YANG DEGIL

Pada suatu hari Sang Kancil dan rakannya Sang Kura-kura sedang menikmati keenakan buah-buahan di suatu kebun. Tiba-tiba mereka terdengar suara Sang Monyet yang sedang di dalam kelaparan.

"Tolong aku Sang Kancil dan Sang Kura-Kura, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak makan", kata Sang Monyet dengan sedih.

"Bolehkah kamu berdua memberi aku sedikit makanan?" Sang Monyet berkata lagi.

Sang Kancil berasa amat sedih mendengar keluhan Sang Monyet tadi sambil berkata, "Ambillah apa sahaja yang kamu suka Sang Monyet".

"Terima kasih Kancil, terima kasih kura-kura" Jawab Sang Monyet.

Sedang Sang Monyet melompat-lompat kegembiraan, dia telah ternampak serimbun pokok cili api yang kemerah-merahan.

"Aku nak itu, aku nak itu" Sang Monyet berteriak sambil menunjuk ke arah pokok cili api itu.

"Engkau tak boleh makan buah itu wahai Sang Monyet, nanti engkau akan menjerit kepedasan" Sang Kancil memberitahu Sang Monyet.

"Aku tak kira, aku nak jugak buah itu." Bentak Sang Monyet yang sombong.

Sang Monyet terus berlari ke arah rimbunan pokok cili api itu dan terus memakannya dengan begitu lahap sekali.

Tiba-tiba Sang Kancil dan Sang Kura-Kura terperanjat mendengar jeritan Sang Monyet.

"Tolongg...Tolong..Pedas.. Pedas... Aku nak air." Sang Monyet menjerit kepedasan sambil melompat-lompat. Muka Sang Monyet kelihatan begitu merah dan Sang Monyet terus berlari meninggalkan tempat itu untuk mencari air. Sang Kancil dan Sang Kura-Kura melihat Sang Monyet itu sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Wednesday, 23 October 2013

KISAH SANG KANCIL DAN SANG MONYET.

Google Image




Pada zaman dahulu, seekor Sang Kancil telah pergi ke hutan untuk mencari makanan. Dalam perjalanannya Sang Kancil telah terlihat sebatang pokok jambu yang lebat buahnya. Sang Kancil berasa amat teruja untuk memakan buah jambu itu.


Pada masa yang sama seekor monyet telah berada di atas pokok jambu itu. Sang Kancil telah berkata kepada sang monyet itu.

"Wahai Sang Monyet berilah aku sedikit buah jambu itu kepada aku".

Sang Monyet memandang ke Sang Kancil dengan penuh sombong seraya berkata,

"Kalau engkau nak buah nie panjatlah sendiri".

Dalam pada yang sama Sang Kancil berfikir bagaimanakah caranya untuk mengenakan Sang Kancil ini. Sang Kancil telah mendapat satu idea lantas dia mengambil sebatang kayu dan terus membaling ke arah Sang Monyet. Sang Monyet berasa marah lantas mengambil beberapa buah jambu dan terus membaling ke arah Sang Kancil.

Sang Monyet telah membaling jambu ke arah dengan banyak sekali kerana Sang Kancil dapat mengelaknya. Tiba-tiba Sang Kancil berkata sambil ketawa,

"Hahaha.... Engkau sudah tertipu wahai Sang Monyet. Lihatlah betapa banyaknya buah jambu yang aku dapat di sini tanpa perlu memanjat".

Sang Monyet terpinga-pinga sambil berkata di dalam hatinya,"Sungguh hebat engkau Sang Kancil mengenakan aku".

Setelah kekenyangan Sang Kancil terus meninggalkan Sang Monyet yang dalam keadaan malu teramat sangat.




Tuesday, 22 October 2013

Asal Usul Bunga Cengkih.





Pada zaman dahulu terdapat satu negeri yang mempunyai rakyat dan raja yang tidak berkata-kata. Ini adalah disebabkan mereka semua takut dan malu untuk bercakap kerana mempunyai mulut yang berbau busuk.


Raja telah berkata kepada menteri-menterinya,

"Apakah penyakit yang melanda negeri beta kerana semua rakyat beta serta beta sendiri mempunyai mulut yang busuk?"

Tetapi mereka semua membisu kerana ditakuti akan berbau busuk di depan Raja tersebut apabila berkata-kata.

Pada suatu hari di taman larangan istana, anak puteri Raja telah keluar bersiar-siar di situ. Tuan puteri tersebut bermain-main dengan dayang-dayang tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun.Tiba-tiba seekor burung murai telah hinggap di dahan berdekatan tuan puteri tersebut.

Burung itu seolah-olah bercakap dengan tuan puteri. Tuan puteri hanya mampu memandang sahaja gelagat burung murai itu. Burung murai itu telah turun ke tanah sambil mematuk-matuk bunga yang berada di depan puteri itu sambil berkicau-kicau.

Tuan puteri tersebut merasa hairan melihat gelagat burung itu mematuk-matuk bunga tersebut sambiul berkicau memandang beliau. Setelah burung murai itu beredar puteri itu telah memakan bunga tersebut. Selang beberapa hari kemudian, puteri tersebut merasa kelainan apabila bau mulutnya telah hilang smama sekali.

Semenjak kejadian itu semua orang di istana termasuk Raja merasa hairan kerana mulut tuan puterinya tidak berbau busuk malah wangi sama sekali. Malah di negeri tersebut hanya puteri seorang sahaja yang berkata-kata dan menyanyi. Raja berasa hairan dengan kejadian tersebut dan bertanya kepada tuan puteri tersebut apa sebenarnya yang berlaku. Tuan puteri tersebut telah menceritakan segala-galanya tentang bunga itu.

Raja dengan segera menitahkan semua rakyar memakan bunga tersebut dan menanam nya. sejak hari itu semua orang di negeri itu gembira dan tidak malu untuk berkata-kata lagi. Bunga itu telah menjadi antara hasil negeri tersebut. Raja telah menamakan bunga tersebut sebagai bunga cengkih.

Wallahulam.

Wednesday, 16 October 2013

Sumpahan Oleh Ulat Tanah.

 
Hampir seminggu Tuan Peladang duduk termenung. Musim kemarau memusnahkan tanaman diladangnya. Tanah menjadi kering-kontang. Tuan Peladang melihat air simpanannya di dalam tempayan cuma tinggal separuh sahaja lagi. Dia khuatir jika keadaan kemarau terus berlarutan, ini akan mengakibatkan dia mati kehausan.

Seekor lembu kepunyaan Tuan Peladang berada di kandang. Sang Lembu gembira kerana tidak perlu bekerja di ladang sejak musim kemarau melanda. Namun demikian, kegembiraan lembu itu tidak lama kerana musim kemarau itu menyebabkan rumput-rumput segar yang menjadi makanannya kering dan mati. Kini sukar bagi Sang Lembu itu mendapatkan rumput yang segar.

Pada suatu hari Sang Lembu mengambil keputusan untuk meninggalkan Tuan Peladang. Seboleh-bolehnya Sang Lembu ingin membuat sesuatu untuk mengubat kesedihan Tuan Peladang. Pada suatu malam, Sang Lembu telah keluar meninggalkan kandangnya. Sang Lembu berjalan untuk mencari sumber air. Setelah jauh berjalan, Sang Lembu terjumpa dengan sebuah perigi. Sang Lembu berfikir, tentulah perigi itu mempunyai air tetapi sungguh malang nasibnya kerana tiada air di dalam perigi tersebut. Sang Lembu berasa sedih dan duduk di tepi perigi buta itu sambil mengenangkan nasib yang bakal manimpa dirinya.

Sewaktu Sang Lembu duduk ditepi perigi itu, dia terdengar satu suara memanggilnya.
“Siapa?” Sang Lembu bertanya kehairanan.

“Aku, ulat tanah di dalam perigi buta ini.”

“Buat apa kamu di dalam perigi ini?” soal Sang Lembu lagi.

“Ini rumahku Sang Lembu. Sudah lama aku di sini sejak perigi ini kering airnya.”

“Tapi bagaimana kamu boleh hidup tanpa air di sini?” cetus Sang Lembu itu.

“Aku akan memberitahu kamu kenapa aku boleh hidup di sini tetapi kamu mestilah berjanji denganku terlebih dahulu.”

“Cakaplah saja dan aku akan berpegang pada janji-janji kamu itu.”

“Aku tahu kamu dan Tuan Peladang menghadapi masalah kekurangan air. Aku boleh tolong mengatasi masalah tersebut.” Sang Lembu tertawa. Dia tidak percaya dengan ulat tanah. “Dengarlah dulu kata-kata aku ini. Janganlah mentertawakan aku pula,” marah ulat tanah.

“Aku minta maaf Sang Ulat. Cakaplah aku bersedia mendengarnya.”

“Sebenarnya tanah di dalam perigi ini tetap lembap. Kalau digali pasti akan mengeluarkan air. Air perigi ini akan penuh semula. Justeru itu aku boleh berikan perigi ini kepada kamu dan Tuan Peladang. Tetapi sebagai ganjaran kamu hendaklah menyuruh Tuan Peladang menanam tanam-tanaman seperti sayur-sayuran di sekitar perigi ini. Aku dan kawan-kawanku akan berpindah dari perigi ini tetapi tidak jauh dari kawasan ini juga.”

“Terima kasih atas pertolongan kamu itu Sang Ulat. Tapi kenapa tuan aku mesti menanam tanaman di kawasan perigi ini?”

“Itu sebagai ganjaran kepadaku. Kamu hendaklah merahsiakan perkara ini dan tidak memberitahu sesiapa pun tentang perigi ini. Berjanjilah kamu akan menyuruh Tuan Peladang menanam sayur-sayuran di sini.”

“Baiklah. Terima kasih di atas pertolongan kamu itu wahai Sang Ulat.”

“Ah! Perkara biasa saja. Bukankah kita hidup perlu saling tolong-menolong.”

Sang Lembu pulang dengan hati yang girang. Didapatinya Tuan Peladang masih duduk termenung. Sang Lembu terus menceritakan tentang penemuan perigi itu kepada Tuan Peladang. Mendengarkan cerita Sang Lembu, tanpa berlengah-lengah lagi Tuan Peladang membawa cangkul dan tangga ke perigi yang dikatakan oleh Sang Lembu.

Tuan Peladang turun ke dalam perigi menerusi tangga yang dibawanya dan terus mencangkul tanah di dalam perigi tersebut. Tidak berapa lama kemudian, mata air mulai muncul di permukaan tanah.

Hati Tuan Peladang bertambah riang. Air mulai memenuhi perigi itu. Tuan Peladang menepuk-nepuk belakang Sang Lembu yang berjasa terhadapnya. Walaupun begitu Sang Lembu tidak memberitahu siapakah yang mengesyorkan agar Tuan Peladang menanam sayur-sayuran di kawasan perigi itu. Tuan Peladang pula tidak banyak soal dan bersetuju dengan pendapat Sang Lembu untuk menanam tanam-tanaman di kawasan itu. Ini akan memudahkan lagi baginya mendapat bekalan air.

Beberapa bulan kemudian, sayur-sayuran tersebut tumbuh dengan suburnya. Tuan Peladang berasa sangat gembira. Di samping itu, Tuan Peladang juga menperolehi pendapatan daripada hasil menjual air. Semakin bertambah lumayan pendapatan Tuan Peladang.
Pada suatu hari, Tuan Peladang datang ke kawasan perigi untuk memetik sayur-sayurannya tetapi alangkah terkejutnya Tuan Peladang apabila mendapati sayur-sayurannya terkorek di sana-sini. Tuan Peladang menuduh Sang Lembu memakan dan merosakkan tanaman yang ditanamnya. Sang Lembu tidak mengaku bersalah. Tuan Peladang semakin marah dan memukul belakang Sang Lembu sekuat-kuat hatinya. Sang Lembu menjerit kesakitan dan terpaksalah dia berterus-terang. Mendengarkan cerita Sang Lembu, Tuan Peladang rasa tertipu.

Tuan Peladang tidak mempercayai bahawa ulat tanah boleh membantu memberikan air. Tuan Peladang mencari ulat tanah di merata-rata tempat. Beberapa kawasan tanah digali oleh Tuan Peladang. Akhirnya Tuan Peladang berjumpa dengan sekelompok ulat tanah. Tanpa membuang masa lagi, Tuan Peladang mengambil racun lalu disemburkannya ke arah ulat-ulat tersebut. Banyaklah ulat tanah yang menjadi korban.

Seekor ulat tanah sempat melarikan diri. Ulat tanah itu tahu Tuan Peladang tidak berhati perut dan mengenang budi. Ulat tanah bersumpah untuk membalas dendam. Ulat tanah tidak mahu melihat Tuan Peladang dan Sang Lembu di kawasannya lagi. Sememangnya Sang Ulat Tanah menyimpan kemarahan yang amat sangat.

Tiba-tiba air perigi menjadi kering kembali. Habis kesemua tanaman Tuan Peladang terkulai layu. Tuan Peladang tersentak melihat perubahan yang mendadak itu. Dia berasa sangat menyesal kerana membunuh ulat-ulat tanah. Sang Lembu pun turut bersedih mengenangkan bencana yang bakal diterimanya nanti. Dari satu arah Sang Lembu terdengar suara Sang Ulat Tanah berkata sesuatu.

“Tidak semua orang itu boleh dijadikan kawan. Lebih baik hidup bersendirian dari berdampingan dengan orang yang tak tahu mengenang budi.”

Kini Sang Lembu mengerti tentang kesilapannya. Dialah yang patut disalahkan kerana memberitahu Tuan Peladang tentang ulat tanah yang tinggal di kawasan itu.
 
 
SUMBER -----http://alynn-media2u-koleksiceritarakyat.blogspot.com/2009/10/sumpahan-ulat-tanah.html

Sunday, 6 October 2013

Kisah Burung Murai Yang Sombong.

Pada zaman dahulu, ada seekor burung murai yang sombong dan bongkak. Semasa dia terbang dia telah berhenti di satu dahan dan telah bertemu dengan seekor burung merbah.

Pada masa itu burung merbah itu sedang bertungkus lumus menyiapkan sarangnya. Burung murai itu telah berkata sambil ketawa terbahak-bahak kepada merbah,

“ Hai Sang Merbah! Aku berasa sangat kasihan melihat keadaan kamu ini. Kamu terpaksa bermandi peluh pada setiap hari. Kau lihatlah diriku ini hidup bebas terbang ke sana sini dengan senang lenangnya.”

Sang Merbah pun menjawabnya,

 “Wahai Sang Murai aku membuat sarang ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk menunggu musim hujan yang akan tiba tidak lama lagi.”

Selang beberapa hari kemudian, Sang Murai datang kembali lagi ke tempat Sang Merbah. Sang Murai amat terkejut apabila melihat sebuah sarang yang cantik dan telah siap dibina oleh Sang Merbah. Dengan tidak disangka-sangka tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.

Sang Murai telah basah kuyup kerana tiada tempat untuk berteduh. Sang Merbah pula tersenyum selesa berlindung di dalam sarangnya. Sang Merbah terpandang Sang Murai yang kesejukan dan berkata,

“ Wahai Sang Murai, kalau kita rajin, tentulah kita akan mendapat faedahnya kelak. Sebaliknya jika kita malas, pasti diri sendiri yang akan rugi.”

Apabla mendengar kata-kata Sang Merbah itu, Sang Murai berasa sangat malu, lalu dia pun beredar dari situ.

Kesimpulan:

Berakit-rakit kehulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Cerita Teladan Singa Dan Tikus.

Di sebuah hutan, terdapat seekor singa yang besar sedang nyenyak tidur. Tidak jauh dari tempat singa itu tidur terdapat seekor tikus sedang bermain.

Tikus itu sedang bermain dengan rama-rama. Mereka bermain dengan gembira sambil diikuti gelak dan ketawa. Gelak tawa tikus dan rama-rama itu telah mengganggu kelenaan tidur singa itu. Ini telah menyebabkan singa telah terjaga dari tidurnya dan berasa amat marah.

Lantas singa itu bangun dan ingin menyerang tikus. Tikus berasa takut apabila singa itu ingin menerpa ke arahnya cuba melarikan diri. Dengan perasaan takut tiba-tiba tikus berkata kepada singa,

“Jika awak baik dan segera melepaskan saya, saya tidak akan lupakan jasa baik awak hingga ke akhir hayat saya.”

Singa pun berfikir dengan kata-kata tikus itu dan bersetuju melepaskan tikus itu. Selang beberapa hari kemudian, tikus terdengar akan suara singa mengaum. Singa mengaum sambil meronta-ronta kesakitan.

Rupa-rupanya singa telah terkena perangkap pemburu. Tikus berlari ke arah singa dengan menolong singa memutuskan perangkap jaring itu dengan giginya. Singa berasa gembira seraya berkata,

“Kalau engkau tidak menolong aku tadi, sudah tentu aku akan dibunuh oleh pemburu.”

Semenjak dari kejadian itu singa dan tikus telah berkawan baik (close friend).

Pengajarannya :
Berbuat kebaikan akan dibalas juga dengan kebaikan.

Friday, 4 October 2013

Kisah Keldai Dan Serigala.

Pada suatu zaman dahulu,ada seekor telah keldai pergi untuk meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas. Keldai itu merasa amat gembira dapat meragut rumput di situ kerana rumput di situ sunguh segar.Lagipun ia berasa amat senang hati kerana tiada haiwan lain selain dia di situ.

Keldai itu berkata di dalam hatinya,‘’Oh,beruntung sungguh aku hari ini kerana dapat menikmati rumput disini!’’

Setelah perutnya kenyang, tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang sedang kelaparan menuju ke arahnya….

Keldai berasa amat takut dan berkata“Apakah yang harus aku buat sekarang? Serigala itu sudah tentu akan mengejarku sekiranya ia ternampak aku melarikan diri,”bentak keldai di dalam hati.

Tiba-tiba keldai telah mendapat satu idea. Keldai telah memberanikan diri dan berpura-pura berjalan dengan selamba kearah seringala walaupun ia berada di dalam sangat ketakutan. Apabila melihat kerbau dengan selamba datang menghampirinya serigala berasa kehairanan dan terus berkata“Kenapa kamu tidak melarikan diri sedangkan kamu tahu aku akan memakanmu?’’ Keldai menjawab dengan super spontan. "Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku.Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga.’’.

Serigala terdiam seketika sambil berfikir. Lantas serigala pun berkata‘’Betul juga cakap kamu.Kalau kamu terlepas hari ini,esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku juga,’’.’’Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah.Alangkah seronoknya kalau kita bermain satu permainan dahulu, kalau aku berjaya tangkap kamu,aku akan memakan kamu…’’

‘’Baiklah,aku setuju dengan cadangan kamu,’’Kata keldai,’’Tapi sebelum kita main kejar-kejar,aku mahu meminta pertolongan kamu.Boleh kah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakang aku ini kerana aku tidak boleh berlari dalam keadaan kaki aku sakit begini?’’

‘’Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!’’Kata serigala.Keldai pun menghuluhkan kaki belakangnya ke arah serigala.Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri tersebut,keldai pun menendang muka serigala dendang kuat.

‘’Aaaaaahhhhhhh!’’Serigala menjerit kesakitan.Disebabkan tendangan keldai itu amat kuat,serigala mengalami kecederaan yang teruk. Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya telah patah.Akhirnya serigala menanggung kesakitan yang amat sangat.’’Selepas ini aku akan tangkap kamu dan makan kamu!’’jerit serigala dengan marah.

ANDA JUGA MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

© 2013 Cerita-Cerita Rakyat.. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top