Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum air. Kerbau itu
berjalan melalui satu lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak luas.
Airnya cetek saja, jenih dan sejuk. Kerbau itu mengharung air. Air itu
hanya setakat lutut sahaja. Kerbau itu menuju ke tengah-tengah sungai
kerana air di bahagian tengah sungai lagi jernih. Ketika menghirup air,
kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau merenung ke arah suara
itu. Kerbau ternampak air terhambur naik di tebing sungai.
"Tolong! Tolong! Tolong aku, kerbau!" tiba-tiba terdengar suara dari
tepi sungai dekat rimbunan buluh. Kerbau cuba memerhati dan meneliti
suara itu. Kerbau ternampak sesuatu berbalam-balam dari jauh seperti
batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suara meminta tolong terus
bergema. Merayu-rayu bunyinya.
Kerbau mendekati suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh
pokok kayu, betul-betul di tengah belakangnya.Oh, buaya! Kenapa ini?"
tanya kerbau. "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang.
Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh batang kayu ini," jawab buaya.
Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba mengangkat kayu itu dengan
tanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan
dirinya. Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya
segera menangkapnya.
"Eh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau apabila dirasai kakinya digigit
buaya. "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku", jelas
buaya sambil menggigit lebih kuat lagi. "Kaulah binatang yang amat jahat
dalam dunia ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat baik, kau
balas jahat," kata kerbau.
"Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat", sambung
kerbau lagi. "Aku tidak peduli", jawab buaya. Kerbau cuba menanduk buaya
tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya. Kerbau tidak mampu melepaskan
diri kerana berada dalam air. Kalau buaya menariknya ke bawah tentulah
ia akan lemas.
Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya. "Janganlah bunuh aku,
buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda lain", kerbau merayu.
Tetapi buaya tetap tidak peduli. "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan
satu syarat," kata buaya. "Apakah syaratnya?" tanya kerbau. "Kita cuba
dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik dibalas baik?
Kita tanya apa-apa yang lalu di sini," ujar buaya. "Kalau jawapannya
sama sebanyak tiga kali, aku akan bebaskan kau," ujar buaya lagi.
Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya. Mereka
bersama-sama menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam
sungai itu. Tiba-tiba mereka ternampak sebuah saji yang buruk hanyut.
Buaya pun bertanya pada saji.
"Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya. "Tidak betul.
Berbuat baik dibalas jahat," jawab saji. Saji menceritakan kisah
hidupnya. "Di rumah, aku digunakan untuk menutup makanan. Nasi, lauk,
kuih, dan apa-apa sahaja aku lindungi," jelas saji. "Pendek kata, aku
banyak menolong dan berbakti kepada tuan aku. Kucing dan tikus tidak
boleh mencuri lauk. Aku lindungi," cerita saji. "Tetapi aku amat sedih,
apabila aku buruk dan koyak, tidak berdaya lagi menutup makanan, aku
dibuang ke sungai," ujar saji. "Itulah sebabnya aku berkata berbuat baik
dibalas jahat," saji menamatkan ceritanya dan terus hanyut.
"Macam mana kerbau? Betul atau tidak apa yang aku kata?" tanya buaya.
Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih. Kerbau berdoa di
dalam hati supaya Tuhan menolongnya. "Tuhan tentu akan menolong orang
yang baik," kata kerbau dalam hatinya.
Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk pula hanyut di situ.
Sebelah daripada kasut itu tenggelam kerana tapaknya tembus. Tetapi
kasut itu bergantung kepada pasangannya dengan tali. Kedua-dua belah
kasut itu bersama-sama hanyut. "Hah, itu satu lagi benda hanyut! Kita
cuba tanya," kata buaya.
"Kasut, betul atau tidak berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya. Kerbau
berdebar-debar menunggu jawapan kasut. Kalau kasut bersetuju dengan
kenyataan itu bererti ia akan selamat. Kalau kasut berkata tidak betul,
habislah riwayatnya. "Tidak betul kerana berbuat baik dibalas jahat,"
jawab kasut.
Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila mendengar kasut memberi
jawapan itu. Kasut lalu bercerita. Pada suatu masa lalu, kasut amat
disayangi oleh tuannya. Setiap hari kasut dibersihkan dan dikilatkan.
Apabila malam, kasut itu disimpan di tempat selamat. Kasut itu juga
hanya dipakai oleh tuannya apabila pergi ke bandar sahaja. Kalau tuannya
pergi ke tempat berpasir atau berlumpur, kasut itu tidak dipakainya.
Tetapi apabila sudah buruk, kasut itu tidak disayangi lagi. Badannya
tidak dikilatkan lagi. Kasut itu dibaling ke tepi tangga selepas
digunakan. Apabila malam, kasut itu ditinggalkan di halaman rumah. Kasut
itu dibiarkan berembun dan berhujan. Ketika itu juga, kasut itu menjadi
tempat persembunyian katak puru untuk menangkap nyamuk. Apabila sudah
terlalu buruk dan koyak, kasut itu dibuangkan ke dalam sungai. "Itulah
sebabnya aku hanyut ke sini," kasut menamatkan ceritanya lalu pergi
bersama-sama arus air.
"Sudah dua jawapan. Engkau kalah. Tetapi aku bagi satu peluang lagi,"
kata buaya. "Kalau datang yang ketiga, sama jawapannya, engkau akan
menjadi habuanku," jelas buaya kepada kerbau.
Ketika kerbau dan buaya menanti kedatangan benda yang ketiga, tiba-tiba
datang seekor kancil hendak minum air. Kancil itu pergi ke tebing tempat
buaya dan kerbau. Kancil terkejut apabila melihat buaya menggigit kaki
kerbau. Kancil melihat air mata kerbau berlinang. Manakala buaya pula
kelihatan bengis.
"Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?" tanya kancil.
"Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim yang ketiga
untuk mengadili kami," kata buaya. "Mengapa?" tanya kancil. "Kami
bertengkar, berbuat baik adalah dibalas jahat," kata buaya.
"Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?" tanya kancil. Buaya lalu
bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang kayu. Kerbau datang
menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas perbuatan baik kerbau. Buaya
menganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya.
"Tetapi sebelum aku memberikan keputusan, aku mahu tengok kejadian
asalnya," kata kancil. "Mula-mula aku kena tindih batang pokok patah.
Batang pokok itu jatuh menimpa belakang aku," jawab buaya.
"Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau?"
tanya Kancil. "Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan
batang kayu itu," jawab buaya.
"Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena
tindih," ujar kancil. Buaya mengikut sahaja arahan kancil. Buaya
melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat batang pokok.
"Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atas
belakang buaya? Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat
batang kayu itu?" kancil mengarah seperti hakim.
Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil. "Cuba engkau bergerak,
buaya! Bolehkah kayu itu diangkat?" kancil mengarah buaya. Buaya cuba
bergerak dan mengangkat batang pokok itu tetapi tidak berdaya. "Cuba
lagi, seperti engkau mula-mula kena tindih," kata kancil.
"Up! Up!" bunyi suara buaya cuba mengalih batang pokok. "Kuat lagi! Kuat
lagi!" seru kancil.Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan
diri. Buaya cuba mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu,
tetapi gagal. Ekornya sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu
tidak bergerak. Buaya sudah penat.
Kerbau pula menunggu arahan kancil. "Selepas itu apakah yang terjadi?"
tanya kancil. "Selepas itu aku datang menolong. Aku mengangkat batang
pokok itu. Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku," jawab kerbau.
"Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?" tanya kancil. Kerbau segera
mendekati batang pokok itu. Kerbau menundukkan kepala hendak mengangkat
batang kayu itu.
"Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu itu," kata
kancil. "Habis itu macam mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan
mati," jawab kerbau.
"Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata kancil. "Biarlah
buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang
jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi
baik," kata kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai.
Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah
kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai
melambung naik. Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing
mengikut kancil.
"Jaga, kancil! Kau tipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau," pekik buaya.
Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau
mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing
sungai itu telah menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan
yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu.
Jadi kepada kita semua ambillah iktibar dari cerita ini.
Wallahualam....
SUMBER
Sunday, 30 March 2014
Kisah Bujang Terboyoi.
Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana.
Si isteri baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki. Mereka
menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu
boleh mendatangkan bencana. Sultan menitahkan dia dibuang jauh ke dalam
hutan.
Si ibu amat sedih. Dia membawa
anaknya merentas hutan Mereka mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi
berlagu memujuk ibunya.
“Tinggalkanlah
saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah emak pulang.
Doakanlah saya. Maafkanlah saya,” katanya
Si ibu amat terharu tetapi
apalah dayanya anak kecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang Terboyoi
membesar di dalam hutan. Dia menjadi pemuda yang gagah dan tampan. Pada
suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya amat
merindukannya.
Pada pagi esoknya,
Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam perjalanan, dia berjumpa
bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang perjalanannya.
Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup
sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.
Singa
mengajar Bujan Terboyoi menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan musuh.
Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya
sebentuk cincin sakti.
Tidak lama
kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang melihatnya
hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera dari
manakah gerangannya?
Bujang Terboyoi
memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan permohonannya . Baginda
bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.
“Patik
ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik kasihan melihat
mereka,” kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea rah sepasang suami
isteri,pekerja istana.
“Silakanlah,
beta tiada halangan,” titah sultan.
Bujang Terboyoi membawa mereka ke
air terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang
indah-indah. Dia memberi mereka makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian,
bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri
sebuah istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat
terperanjat. Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.
“Sayalah
anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu dan
ayah,” kata Bujang Terboyoi dengan terharu.
Kedua-dua ibu bapanya amat
gembira. Mereka menangis kegembiraan.
Akhirnya sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan mangkat, Bujang Terboyoi telah di tabalkan menjadi raja.
By:
Unknown
On 19:52
Friday, 28 March 2014
KENAPA PERUT LABAH-LABAH BUNCIT?
Dalam sebuah belukar tinggal seekor labah-labah. Sarangnya lebih besar
daripada sarang labah-labah lain. Dahulu bapanya yang membuat sarang
itu. Kemudian ia menambah di sekeliling sarang itu.
Labah-labah itu berlari dengan pantas dari tengah ke tepi sarang. Ia menangkap mangsanya. Binatang yang ditangkap segera dimakan. Badannya semakin hari semakin besar dan perutnya semakin buncit. Ia memang kuat makan. Perutnya sentiasa berasa lapar.
Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah. Satu dari arah timur dan satu lagi dari arah barat. Kedua-dua labah-labah mahu menjemput labah-labah buncit makan kenduri. Kenduri itu diadakan pada waktu yang sama. Ia menjadi serba salah.
Labah-labah buncit bertanya jiran-jirannya. Mereka juga mendapat jemputan. Jiran di kiri pergi ke jemputan arah barat. Jiran di kanan pergi ke jemputan arah timur. Labah-labah buncit mendapat akal. Ia meminta kerjasama jiran-jirannya.
Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-jirannya. Sesiapa yang makan dahulu tarik tali itu. Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada perutnya supaya tidak terlepas.
Kedua-dua labah-labah itu pun pergi. Apabila jamuan dihidang, jiran kanan pun menarik tali dari arah timur. Pada masa yang sama jiran kiri menarik dari arah barat pula. Labah-labah buncit tidak dapat mengikut ke barat. Ia tidak sempat membuka ikatan perutnya.
Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing. Perut labah-labah buncit semakin tercerut. Setelah tidak berjaya menarik, kedua-dua jirannya pun terhenti. Mereka menikmati hidangan. Selepas makan mereka pun pulang.
Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan. Mereka cuba membuka tali yang tercerut di perut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan itu.
Beberapa hari kemudian labah-labah buncit sedar. Ia berjaya membuka ikatan di perutnya. Sejak itu ia tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar seperti selalu. Pinggangnya pun ramping bekas kene cerut. Hingga sekarang pinggang labah-labah kecil dan genting.
Begitulah keadaan labah-labah sampai sekarang memang ramping pinggangnya. Hehehe...

On 20:30
Sunday, 27 October 2013
KISAH SERULING SAKTI.
Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik
terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di
pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak
perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap.
Mereka membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut
menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus
membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.
Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.
Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.
Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas.
Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka.
Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut ghaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.
SUMBER ----- http://1001kisah.blogspot.com/

On 23:40
SANG MONYET YANG DEGIL
Pada suatu hari Sang Kancil dan rakannya Sang Kura-kura sedang menikmati keenakan buah-buahan di suatu kebun. Tiba-tiba mereka terdengar suara Sang Monyet yang sedang di dalam kelaparan.
"Tolong aku Sang Kancil dan Sang Kura-Kura, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak makan", kata Sang Monyet dengan sedih.
"Bolehkah kamu berdua memberi aku sedikit makanan?" Sang Monyet berkata lagi.
Sang Kancil berasa amat sedih mendengar keluhan Sang Monyet tadi sambil berkata, "Ambillah apa sahaja yang kamu suka Sang Monyet".
"Terima kasih Kancil, terima kasih kura-kura" Jawab Sang Monyet.
Sedang Sang Monyet melompat-lompat kegembiraan, dia telah ternampak serimbun pokok cili api yang kemerah-merahan.
"Aku nak itu, aku nak itu" Sang Monyet berteriak sambil menunjuk ke arah pokok cili api itu.
"Engkau tak boleh makan buah itu wahai Sang Monyet, nanti engkau akan menjerit kepedasan" Sang Kancil memberitahu Sang Monyet.
"Aku tak kira, aku nak jugak buah itu." Bentak Sang Monyet yang sombong.
Sang Monyet terus berlari ke arah rimbunan pokok cili api itu dan terus memakannya dengan begitu lahap sekali.
Tiba-tiba Sang Kancil dan Sang Kura-Kura terperanjat mendengar jeritan Sang Monyet.
"Tolongg...Tolong..Pedas.. Pedas... Aku nak air." Sang Monyet menjerit kepedasan sambil melompat-lompat. Muka Sang Monyet kelihatan begitu merah dan Sang Monyet terus berlari meninggalkan tempat itu untuk mencari air. Sang Kancil dan Sang Kura-Kura melihat Sang Monyet itu sambil menggeleng-gelengkan kepala.

On 22:03
Subscribe to:
Posts (Atom)